KISAH BINTULU DISERANG TAHI DAN KAITANNYA DENGAN
BAHASA TAGALOG
BAHASA TAGALOG
Suku Vaie Segan merupakan kumpulan pertama menghuni kawasan persisiran pantai Bintulu. Biasalah punca rezeki mereka adalah hasil tangkapan laut. Menurut moyang kita, pernah suatu ketika Bintulu terutama sekali Vaie Segan menghadapi musibah yang amat dahsyat. Diceritakan musibah ini ialah serangan tahi (tahi manusia) yang berpanjangan. Apabila hendak membuka tudung saji semua lauk-pauk bertukar menjadi tahi. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan ini maka separuh daripada kumpulan tadi mengambil keputusan untuk berlayar mencari tempat yang sesuai dan selesa. Dipercayai destinasi terakhir mereka ialah Kepulauan nelayan di Filipina.
Sehingga sekarang kita tidak pasti sama ada generasi mereka masih hidup. Mungkin masih ada piut-piat kita yang bermastautin di sana. Walau bagaimanapun kalau kita teliti bahasa Vaie Segan (Bintulu) dan bahasa Tagalog (Filipina) masih ada banyak persamaannya. Kebetulan pula dalam tayangan filem-filem Tagalog kita juga akan terserempak dengan bahasa Vaie Segan.
(sila zoom untukl lebih jelas)

bahasa vaie segan mempunyai persamaan dengan bahasa tagalok,,,selain itu ia juga mempuyai persamaan dengan bahasa sungai/tombonuo yg terdapat di sabah....sebagai contoh
ReplyDeletevaie segan - bangsa sungai
ikaw - ikau
akau - oku
ujan - muran
ulau - ulu
likod - lokod
sai - isoi
alud - alud
daras - daras
belabes - biabas
........................
dan tempat saya tinggal..adalah daerah pitas sabah...disana banyak bangsa sungai / tombonua......dan pitas sangat dekat dengan pelipin....ke utara sikit saja sampai sudah di pelipin....melintas laut saja..hahahaha
perkongsian bersama...
Sungai itu bukan bangsa bah tu,mana ada bangsa Sungai. Pasal di dalam klasifikasi Orang Sungai ada Dusun, ada Murut dan ada Idahan. Sungai bukan nama bangsa.
ReplyDelete