Sunday, February 22, 2009

TAHUKAH ANDA?

MITOS SANG NABAU


Legenda ular raksasa disebut sebagai NABAU memang ada diceritakan oleh moyang kita. Baru-baru ini heboh cerita ini sekali lagi setelah sekian lama tidak kedengaran. Kemunculannya di Baleh menggemparkan peduduk di sana. Diceritakan Nabau ini memang panjang lebih kurang 30 meter berkepala seperti naga dan mempunyai tujuh lubang hidung.

Menurut moyang kita, Sang Nabau bertapa di gunung dan tempat yang tinggi-tinggi. Sekali sekala akan muncul pada musim tengkujuh sekitar November hingga Februari. Apabila tempat pertapaan mereka digenangi oleh air mereka akan beredar mencari lokasi yang lain.

Sila baca rencana ini:
http://www.dailymail.co.uk/news/worldnews/article-1149743/Picture-100ft-long-snak
e-sparks-fears-mythical-monster-Borneo.html

TAHUKAH ANDA?

MITOS NAMA SUNGAI SIBIEW

Salah sebuah sungai yang tidak kurang pentingnya di Bintulu ialah Sungai Sibiew. Manakan tidak sungai berkenaan mempunyai bilangan jambatan yang banyak melebihi 5 buah setakat ini. Satu ketika sungai ini menjadi nadi sistem pengangkutan utama dan sumber rezeki untuk warga Bintulu. Namun tidak ramai yang tahu mitos di sebalik nama sungai ini.

Menurut cerita lisan daripada orang-orang lama sebenarnya Sungai Sibiew pada asalnya tidak bernama. Namun sungai ini merupakan lokasi popular untuk upacara pemujaan. Para nelayan akan membuat persembahan merendamkan ayam dalam air sungai berkenaan. Perbuatan ini dilakukan secara tradisi mungkin sebelum agama Islam masuk. Dalam bahasa vaie segan ( bahasa tempatan) upacara ini dinamakan SEBEZAU. SEB bermaksud merendam sesuatu ke dalam air sementara SEZAU bermakna ayam. Berikutan perbuatan ini sungai berkenaan mendapat nama Sungai Sebezau sehinggalah berlaku beberapa perubahan.

Adalah pengkaji-pengkaji bijaksana mendakwa Sungai Sibiew ini berasal daripada perkataan Mat Salleh sebagai " Sea View ". Kononnya ada sekumpulan pelancong Mat Salleh bermandi-manda di Sungai Sibiew. Sedang mereka mandi tiba-tiba salah seorang daripada mereka menoleh pandangan ke arah Kuala Bintulu (Kemena) lalu berkata " Sea View ".

Mungkin pada ketika itu cerita-cerita lisan seperti hal pemujaan tadi tidak didokumen untuk rujukan maka nama sungai ini mempunyai nama yang berbeza. Dalam peta ada catatan sebagai Sungai Sibiew manakala tidak kurang pula dicatat Sungai Sibiyu dan Sungai Sibiu. Bersama-samalah mengambil iktibar daripada kisah Sungai Sibiew. Fikir-fikirlah.......