Sunday, May 10, 2009

ENZIM BAHAN BUANGAN DAPUR

Kebaikan enzim sampah - Kuasa untuk menyelamatkan dunia ada di dalam sampah di dapur anda.

" Sampah dari dapur anda mampu membawa keajaiban. Kulit buah, lebihan sayur dan bahan yang anda gunakan untuk memasak atau makan, adalah kuncinya.

SAMBAL BELACAN SAYA PULA





Saya tidak menyertai pertandingan sambal belacan itu tapi balik daripada ekspo saya cubalah untuk buat sambal belacan sendiri. Saya namakan sambal belacan ini Sambal Belacan Idaman.

MACAM-MACAM SAMBAL




Minggu ini kita berkongsi ilmu berkaitan sambal belacan yang terdapat pada ekspo sempena pelancaran belacan Bintulu.

Thursday, April 23, 2009

BELACAN BINTULU




Usaha memartabatkan belacan Bintulu sepatutnya lama dilaksanakan. Kita tidak perlu bergantung sangat dengan bantuan pihak berkuasa memandangkan sebelum ini produk berkenaan telah mendapat pengiktirafan para pengguna. Komuniti yang terlibat secara langsung dengan produk ini perlu ada R&D.

Perusahaan belacan Bintulu perlu ada kajian saintifik kerana bekalan bubuk kebelakangan ini sangat tidak positif. Sehubungan ini, musim bubuk naik ke pantai jarang-jarang sekarang. Biasanya pada awal bulan Februari hingga Mei bubuk akan naik ke pantai Bintulu. Tidak ada tanda-tanda bubuk akan naik maka orang ramai tertanya-tanya kenapa perkara ini berlaku?. Kita cuba mendapat pandangan orang tua kita kenapa bubuk tak naik-naik sekarang?.

Menurut cerita-cerita orang tua saya bubuk ini tidak boleh dikaut dengan kain. Apatah lagi kain itu sudah lama. Bubuk mesti dikaut dengan alat khusus seperti paka .


Terfikir oleh saya bahawa bubuk ini tak naik-naik mungkin adanya pencemaran berlaku. Sekitar tahun 70an ikan kembong dan ikan paus boleh masuk Sungai Kemena (Bintulu). Tetapi sekarang jarang-jarang berlaku. Satu lagi kalau kita lihat air di muara Sungai Kemena sekarang nampaknya keruh belaka. Dahulu air di kawasan ini berwarna biru dan mata kita pun biru sepanjang masa.

Monday, February 23, 2009

TAHUKAH ANDA?

KISAH BINTULU DISERANG TAHI DAN KAITANNYA DENGAN
BAHASA TAGALOG


Suku Vaie Segan merupakan kumpulan pertama menghuni kawasan persisiran pantai Bintulu. Biasalah punca rezeki mereka adalah hasil tangkapan laut. Menurut moyang kita, pernah suatu ketika Bintulu terutama sekali Vaie Segan menghadapi musibah yang amat dahsyat. Diceritakan musibah ini ialah serangan tahi (tahi manusia) yang berpanjangan. Apabila hendak membuka tudung saji semua lauk-pauk bertukar menjadi tahi. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan ini maka separuh daripada kumpulan tadi mengambil keputusan untuk berlayar mencari tempat yang sesuai dan selesa. Dipercayai destinasi terakhir mereka ialah Kepulauan nelayan di Filipina.

Sehingga sekarang kita tidak pasti sama ada generasi mereka masih hidup. Mungkin masih ada piut-piat kita yang bermastautin di sana. Walau bagaimanapun kalau kita teliti bahasa Vaie Segan (Bintulu) dan bahasa Tagalog (Filipina) masih ada banyak persamaannya. Kebetulan pula dalam tayangan filem-filem Tagalog kita juga akan terserempak dengan bahasa Vaie Segan.



(sila zoom untukl lebih jelas)


Sunday, February 22, 2009

TAHUKAH ANDA?

MITOS SANG NABAU


Legenda ular raksasa disebut sebagai NABAU memang ada diceritakan oleh moyang kita. Baru-baru ini heboh cerita ini sekali lagi setelah sekian lama tidak kedengaran. Kemunculannya di Baleh menggemparkan peduduk di sana. Diceritakan Nabau ini memang panjang lebih kurang 30 meter berkepala seperti naga dan mempunyai tujuh lubang hidung.

Menurut moyang kita, Sang Nabau bertapa di gunung dan tempat yang tinggi-tinggi. Sekali sekala akan muncul pada musim tengkujuh sekitar November hingga Februari. Apabila tempat pertapaan mereka digenangi oleh air mereka akan beredar mencari lokasi yang lain.

Sila baca rencana ini:
http://www.dailymail.co.uk/news/worldnews/article-1149743/Picture-100ft-long-snak
e-sparks-fears-mythical-monster-Borneo.html

TAHUKAH ANDA?

MITOS NAMA SUNGAI SIBIEW

Salah sebuah sungai yang tidak kurang pentingnya di Bintulu ialah Sungai Sibiew. Manakan tidak sungai berkenaan mempunyai bilangan jambatan yang banyak melebihi 5 buah setakat ini. Satu ketika sungai ini menjadi nadi sistem pengangkutan utama dan sumber rezeki untuk warga Bintulu. Namun tidak ramai yang tahu mitos di sebalik nama sungai ini.

Menurut cerita lisan daripada orang-orang lama sebenarnya Sungai Sibiew pada asalnya tidak bernama. Namun sungai ini merupakan lokasi popular untuk upacara pemujaan. Para nelayan akan membuat persembahan merendamkan ayam dalam air sungai berkenaan. Perbuatan ini dilakukan secara tradisi mungkin sebelum agama Islam masuk. Dalam bahasa vaie segan ( bahasa tempatan) upacara ini dinamakan SEBEZAU. SEB bermaksud merendam sesuatu ke dalam air sementara SEZAU bermakna ayam. Berikutan perbuatan ini sungai berkenaan mendapat nama Sungai Sebezau sehinggalah berlaku beberapa perubahan.

Adalah pengkaji-pengkaji bijaksana mendakwa Sungai Sibiew ini berasal daripada perkataan Mat Salleh sebagai " Sea View ". Kononnya ada sekumpulan pelancong Mat Salleh bermandi-manda di Sungai Sibiew. Sedang mereka mandi tiba-tiba salah seorang daripada mereka menoleh pandangan ke arah Kuala Bintulu (Kemena) lalu berkata " Sea View ".

Mungkin pada ketika itu cerita-cerita lisan seperti hal pemujaan tadi tidak didokumen untuk rujukan maka nama sungai ini mempunyai nama yang berbeza. Dalam peta ada catatan sebagai Sungai Sibiew manakala tidak kurang pula dicatat Sungai Sibiyu dan Sungai Sibiu. Bersama-samalah mengambil iktibar daripada kisah Sungai Sibiew. Fikir-fikirlah.......