Thursday, April 23, 2009

BELACAN BINTULU




Usaha memartabatkan belacan Bintulu sepatutnya lama dilaksanakan. Kita tidak perlu bergantung sangat dengan bantuan pihak berkuasa memandangkan sebelum ini produk berkenaan telah mendapat pengiktirafan para pengguna. Komuniti yang terlibat secara langsung dengan produk ini perlu ada R&D.

Perusahaan belacan Bintulu perlu ada kajian saintifik kerana bekalan bubuk kebelakangan ini sangat tidak positif. Sehubungan ini, musim bubuk naik ke pantai jarang-jarang sekarang. Biasanya pada awal bulan Februari hingga Mei bubuk akan naik ke pantai Bintulu. Tidak ada tanda-tanda bubuk akan naik maka orang ramai tertanya-tanya kenapa perkara ini berlaku?. Kita cuba mendapat pandangan orang tua kita kenapa bubuk tak naik-naik sekarang?.

Menurut cerita-cerita orang tua saya bubuk ini tidak boleh dikaut dengan kain. Apatah lagi kain itu sudah lama. Bubuk mesti dikaut dengan alat khusus seperti paka .


Terfikir oleh saya bahawa bubuk ini tak naik-naik mungkin adanya pencemaran berlaku. Sekitar tahun 70an ikan kembong dan ikan paus boleh masuk Sungai Kemena (Bintulu). Tetapi sekarang jarang-jarang berlaku. Satu lagi kalau kita lihat air di muara Sungai Kemena sekarang nampaknya keruh belaka. Dahulu air di kawasan ini berwarna biru dan mata kita pun biru sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment