Friday, February 20, 2009

PERIHAL NAMA-NAMA SUNGAI DI BINTULU


Satu keunikan kalau kita menyusuri sungai-sungai di sepanjang Batang Kemena, Bintulu. Mungkin kita tidak perasan nama-nama sungai berkenaan bermula dengan huruf 'S'. Antaranya Sg.Sebungan, Sg.Senga, Sg.Sebauh, Sg.Selezu, Sg.Silas, Sg.Sepadok, Sg.Segan, Sg.Sepait, Sg.Sibiew, Sg.Sebuan, Sg.Sinong, Sg.Semadang, Sg.Selad, Sg.Semanok, Sg.Setulan, Sg.Sebemban, Sg.Setiam, Sg.Serupai, Sg.Sebatang dan Sg.Similajau

AL-KISAH BINTULU




Bandar Bintulu adalah sebahagian daripada persisiran pantai yang mempunyaikeluasan 7220.4 kilometer persegi di Bahagian Bintulu, Sarawak, Malaysia. Ianyakira-kira 624km jauh dari Kuching, 215km dari Sibu dan 205km dari Miri. Jumlah penduduk adalah sebanyak 200,000 orang. Bintulu dikenali sebaga tempat 'membina kehidupan'. Walaupun Bintulu bukan destinasi utama pelancongan di Sarawak, pihak berkuasa seperti Badan Pelancongan Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu telah berusaha untuk menjadikannya sebagai syurga pelancongan.

Sebelum ini Bintulu telah ditadbir oleh Miri (Bahagian keempat) tetapi sekarang Bintulu dinaik taraf bahagian. Bandar Bintulu terletak di muara Sungai Kemena. Asal usul nama Bintulu ialah daripada perkataan tempatan ia itu metu ulau yang bermaksud mengumpul kepala. Nama Bintulu wujud semasa era Gayau apabila memburu kepala telah berlaku dengan luasnya. Perkataan metu ulau telah disebut metulau oleh penduduk-penduduk luar kawasan Bintulu. Kemudian mentulau telah disebut Bintulu secara meluas. Perintis yang menghuni kawasan ini adalah suku kaum vaie segan dan penan. Kaum vaie segan juga dikenali sebagai orang Bintulu.